IBADAH QURBAN DAN AQIQAH BERSAMA ABIR CONCEPT HOLIDAYS DI PHNOM PENH, CAMBODIA
10/09/2016 – 13/09/2016
Rombongan program Ibadah Qurban & Aqiqah tahun ini, 2016 terdiri daripada 29 jemaah dan seramai 196 penama iaitu sebanyak 30 ekor lembu dan 3 ekor kambing yang menyertai Ibadah Qurban & Aqiqah 2016 . Pada 10/9/16, kami berlepas daripada KLIA2 pada pukul 06.45 pagi dengan menaiki pesawat Airasia AK536 dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada pukul 07.35 pagi waktu tempatan. Dan pada hari terakhir (13/9/16), perjalanan dari Phnom Penh ke Kuala Lumpur, kami menaiki pesawat Airasia AK 535 pada pukul 4.40 pm dan sampai tiba di Klia2 pada 7.30 pm waktu tempatan.
HARI PERTAMA : 10 SEPTEMBER 2016
Sesampainya kami di Phnom Penh, kami terus meneruskan tour ke Choeung Ek Genocidal Center (Killing Field). Di Medan ini, lebih berjuta manusia dibunuh dan dikebumikan oleh Komunis Rejim Khmer Rouge. Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Toul Sleng Genocide Museum iaitu sebuah muzium yang menyimpan kenangan dan gambaran terkeji dalam sejarah tragedi kemanusiaan di benua Asia. Muzium ini asalnya merupakan bangunan sekolah dan diubah menjadi sebuah penjara tempat interogasi dan penyiksaan tahanan yang dituduh sebagai musuh politik Khmer Merah. Pada masa itu, penjara ini merupakan penjara terbesar di Kamboja dengan tembok seng berlapis dan dilingkari kawat berduri yang padat. Pada waktu malam pula, Kami mulakan misi kemanusiaan kami di kampung pertama : Kampung Jongkoh. Penduduk disini merupakan kelompok yang tinggal di pinggiran sungai, dan menetap di dalam bot sahaja. Hasil dari sumbangan anda kami telah menyerahkan sebanyak 20 pasang baju kurung, 25 helai baju lelaki dewasa, 26 helai baju bayi, 30 helai tudung, 10 pasang telekung dan 15 helai baju wanita serta sedikit sumbangan hasil kutipan jemaah yang hadir turut serta dalam misi ini. Selepas itu, ke Phnom Penh Night Market. Terdiri dari puluhan gerai dengan berbagai jenis makanan minuman, pakaian, sourvenier, aksesori dan banyak lagi.
HARI KEDUA : 11 SEPTEMBER 2016
Pada hari kedua, aktiviti kami adalah membeli belah di Central Market. Pasar ini juga dikenali sebagai Phsar Thmei. Disini menjual pelbagai barangan kering serta basah ; tshirt, kain pasang, aksesori hiking dan lain-lain. Selepas itu, Pengagihan Pakaian dan sumbangan di kampung kedua : Kg Sombrong dan kampung ketiga : Kg Bengtaroung. Di Kg Sombrong, kami menaiki bot selama 15 minit ke kampung ini. Hasil dari sumbangan anda kami telah menyerahkan sebanyak 10 helai & 47 helai tshirt lelaki , 17 helai tshirt, 8 helai seluar & 6 baju melayu kanak-kanak lelaki, 20 helai tshirt kanak-kanak perempuan dan blouse & skirt wanita serta sedikit sumbangan hasil kutipan jemaah yang hadir turut serta dalam misi ini. Manakala di Kg, Bentaraoung, Hasil dari sumbangan anda kami telah menyerahkan sebanyak 20 helai baju kurung, blouse wanita, 15 helai tshirt dan seluar lelaki serta sedikit sumbangan hasil kutipan jemaah yang hadir turut serta dalam misi ini.
HARI KETIGA : 12 SEPTEMBER 2016
Pada pagi hari raya , kami bersolat raya di Kg Domnakloung. Bagi Solat Raya, penduduk disini, Lelaki & wanita akan bersolat di masjid yang berasingan. Selepas itu, Pengagihan pakaian & sumbangan serta penyembelihan lembu & kambing di Kampung Keempat : Kg Preythnang – Di Kg Preythnang, Hasil dari sumbangan anda kami telah menyerahkan sebanyak 40 helai baju kurung, blouse wanita, 15 helai tshirt & seluar lelaki, 13 helai baju sekolah dan 70 helai tudung serta sedikit sumbangan hasil kutipan jemaah yang hadir turut serta dalam misi ini. Dan di kampung ini kami telah melaksanakan ibadah qurban sebanyak 8 ekor lembu. Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Kampung Kelima: Kg Tveatmey – Di Kg Tveatmey, Kami menaiki motor & membonceng motor penduduk tempatan untuk sampai ke kampung ini kerana jalannya yang kecil dan jauh ke dalam kampung.Hasil dari sumbangan anda kami telah menyerahkan sebanyak 10 helai kemeja & seluar kanak-kanak lelaki, 10 helai tshirt & seluar serta 40 helai tshirt wanita, 15 helai tshirt & seluar lelaki serta sedikit sumbangan hasil kutipan jemaah yang hadir turut serta dalam misi ini.Dan di kampung ini kami telah melaksanakan ibadah qurban sebanyak 6 ekor lembu. Selepas itu, kami ke Kampung Keenam : Kg Domnakloung – Di Kg Domnakloung, Hasil dari sumbangan anda kami telah menyerahkan baju wanita, tshirt kanak-kanak serta sedikit sumbangan hasil kutipan jemaah yang hadir turut serta dalam misi ini. Dan di kampung ini kami telah melaksanakan ibadah qurban sebanyak 6 ekor lembu dan 3 ekor kambing. Dan kampung terakhir adalah Kampung Ketujuh : Kg Treykoh. Di Kg Treykoh, Kami menaiki tuktuk ke kampung ini kerana bas tidak dapat masuk ke kawasan kampung yang sempit. Hasil dari sumbangan anda kami telah menyerahkan sebanyak 50 pasang baju kurung, 32 helai kemeja & 6 seluar lelaki, 17 pasang baju melayu, 17 tshirt & 8 seluar kanak-kanak lelaki dan 22 helai tshirt kanak-kanak perempuan. Dan di kampung ini kami telah melaksanakan ibadah qurban sebanyak 10 ekor lembu.
HARI KEEMPAT : 13 SEPTEMBER 2016
Pada hari terakhir, Kami singgah membeli belah di Russian Market. Pilihan yang ada di pasar ini adalah souvenir, barang antik, ukiran dan sutera., beberapa perhiasan dan emas. Kemudian, kami menaiki Cruise di Mekong River. Sungai ini menggabungkan tiga buah negara yang terdekat iaitu Laos & vietnam. Selepas itu, kami makan tengahari dan terus ke airport untuk perjalanan balik ke Kuala Lumpur.
Alhamdulilah, program Ibadah Qurban & Aqiqah sambil melancong berjalan dengan lancar. Terima Kasih kepada para jemaah dan penama-penama qurban dan aqiqah yang mempercayai ABIR CONCEPT HOLIDAYS untuk menjalankan amanah yang diberikan. Semoga kita berjumpa lain kali di program yang sama pada tahun depan! Salam hormat.
ABIR CONCEPT HOLIDAYS SDN BHD,
Teman Ibadah & Riadah anda.