IBADAH QURBAN DAN AQIQAH BERSAMA ABIR CONCEPT HOLIDAYS DI CAMBODIA
03/10/2014 – 07/10/2014
HARI PERTAMA
Rombongan tiba di Phnom Pehn pada jam 7.35 pagidan terus bersarapan di sekitar lapangan terbang. Selepas bersarapan, kami meneruskan perjalan ke Muzium Toul Sleng. Muzium ini terletak di bekas tapak bangunan sekolah di bandar Phnom Pehn. Sekolah tersebut itu telah digunakan sebagai penjara semasa pemerintahan Pol Pot dan Khmer Rouge sebagai peringatan untuk generasi akan datang.
HARI KEDUA
Selepas sahaja kami bersarapan, kami menuju ke Kampung Kandal, Kampot. Kami melawat penduduk di kampung tersebut dan kami bersedekah kepada mereka seperti pakaian dan sebagainya. Kami juga menetap di Kampung Kandal selama satu malam.
HARI KETIGA
Kami menunaikan solat sunat Aidil Adha di masjid yang terletak berhampiran penginapan kami. Selepas itu kami memulakan ibadah qurban dan membahagikan daging-daging yang sedia ada. Pada petang tersebut, kami bertolak balik ke Siem Reap dan menginap di sana.
HARI KEEMPAT
Kami meneruskan perjalanan ke kuil terkenal di dunia iaitu Angkor Wat. Selepas sahaja kami makan tengah hari, kami melawat ke kampung terapung dengan menaiki sebuah bot yang terkenal di Tonle Sap sehingga matahari terbenam
HARI KELIMA
Hari terakhir kami di Siem Reap.